TM Perkenal unifi Wireless Broadband, Tanpa Kontrak – Channel W

TM Perkenal unifi Wireless Broadband, Tanpa Kontrak

KUALA LUMPUR – Telekom Malaysia Berhad (TM) menerusi jenama konvergens utama, unifi memperkenalkan perkhidmatan terbaharu, unifi Wireless Broadband yang membolehkan pelanggan menikmati internet secara menyeluruh.

Naib Presiden Eksekutif unifi, Imri Mokhtar berkata, “Kami ingin sentiasa memastikan pelanggan mendapat pengalaman internet yang terbaik daripada unifi. Untuk pelanggan yang tinggal di dalam kawasan liputan perkhidmatan unifi LTE, ini adalah penyelesaian terbaik untuk anda.”

“Bertepatan dengan janji kami, ‘Hidup Lebih Mudah’, rumusan ini akan memperkukuh peranan unifi sebagai jenama Peneraju Konvergens di negara ini. Kami akan meneruskan komitmen untuk membawakan pengalaman pelanggan bersepadu terbaik untuk semua rakyat Malaysia, dari pelbagai latar belakang,” tambah beliau.

Dengan cara melanggan yang mudah tanpa kontrak, unifi Wireless Broadband hanya perlu dicucuk untuk digunakan (plug and play), tanpa wayar, dan tidak memerlukan sebarang pemecahan pada dinding serta tiada pemasangan diperlukan.

Ia mampu menampung sehingga 64 peranti dan membolehkan para penghuni yang ramai dalam sesebuah kediaman menikmatinya tanpa kerisauan.

Eksklusif menerusi ‘Skuad Sempurna unifi’, unifi Wireless Broadband ini didatangkan dengan data internet 60GB, pada harga hanya RM83.74 sebulan (termasuk GST).

Langganan adalah termasuk peranti router tanpa wayar dengan hanya RM599 (harga biasa: RM1,099) dan terhad kepada tiga unit untuk setiap pelanggan.

Peranti ini didatangkan bersama jaminan selama 12 bulan, walaupun tiada ikatan kontrak dikenakan, tiada sebarang penalti dan pengembalian yang merumitkan.

‘Skuad Sempurna unifi’ TM juga akan berkunjung ke kawasan kejiranan anda tidak lama lagi untuk #pasangsekarang (#installnow).

Skuad ini akan menawarkan perkhidmatan bersama peranti malah barangan cenderahati menarik juga mungkin akan menjadi milik pelanggan yang bertuah!

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans