TN50 Bukan Masa Tambahan Wawasan 2020 – Khairy – Channel W

TN50 Bukan Masa Tambahan Wawasan 2020 – Khairy

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin hari ini menolak dakwaan bahawa Transformasi Nasional 2050 (TN50) diwujudkan sebagai ‘masa tambahan’ bagi Wawasan 2020.

Sebaliknya kata Khairy, TN50 yang diumum semasa pembentangan Bajet 2017, adalah satu perancangan jangka masa panjang bagi mengisi kelompongan Wawasan 2020, dengan sasaran yang lebih objektif.

Katanya, berdasarkan semakannya, Wawasan 2020 mempunyai sembilan aspirasi, dan hanya satu sasaran iaitu menjadikan Malaysia, sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi yang mempunyai sasaran jelas.

“Saya yakin menjelang dua tahun lagi mengikut tafsiran Bank Dunia, Malaysia akan jadi negara maju, negara berpendapatan tinggi di bawah pengurusan kerajaan Barisan Nasional.

“Cuma dari segi cabaran lain, ia adalah work in progress (sedang diusahakan), sebagai contoh Malaysia akan jadi negara yang bersatu padu, bagaimana nak letakkan sasaran untuk lihat kita adalah negara yang benar-benar bersatu, ini adalah work in progress,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa (AMANAH-Parit Buntar) mengenai kesinambungan Dasar Ekonomi Baharu, Wawasan 2020 dan TN50.

Khairy berkata TN50 juga adalah wadah perjuangan yang berterusan untuk mencorakkan masa depan negara yang lebih cemerlang dengan penglibatan seluruh rakyat.

Katanya, TN50 secara keseluruhannya merupakan cerminan dan suara rakyat Malaysia, bukan hanya pihak yang menyokong satu parti sahaja.

“Dari segi penglibatan, saya secara terbuka menyatakan bahawa siri dialog TN50 dihadiri oleh semua. Tidak ada apa-apa sekatan kepada mana-mana pihak.

“Malah saya telah terima banyak memorandum, idea dan aspirasi daripada semua lapisan masyarakat termasuk belia mahupun ahli politik,” katanya.

– BERNAMA

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans