TNB Lancar Iklan ‘Coming Together’ Sempena Tahun Baru Cina – Channel W

TNB Lancar Iklan ‘Coming Together’ Sempena Tahun Baru Cina

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) hari ini melancarkan iklan Tahun Baru Cina 2018, yang menyentuh nostalgia masyarakat Malaysia berbilang kaum bersama-sama menyambut sesuatu perayaan.

Iklan dalam bentuk filem pendek itu yang bertajuk ‘Coming Together’, mengisahkan tiga beradik yang berpegang kepada tradisi meraikan Tahun Baru Cina bersama jiran tetangga seperti waktu zaman kanak-kanak.

Filem pendek itu digarap dalam bentuk imbauan kembali untuk membawa nostalgia penonton sewaktu kemeriahan sambutan perayaan bersama-sama jiran dan rakan setempat.

Ketua Pegawai Korporat TNB, Datuk Wira Roslan Ab. Rahman berharap iklan ini akan mendorong para penonton untuk mempertahankan warisan masing-masing dan pada masa yang sama bersatu tanpa mengira bangsa dan agama.

Beliau berkata iklan itu juga mengingatkan bahawa walaupun teknologi penting dalam kehidupan seharian, ia tidak boleh menggantikan hubungan semasa manusia.

Iklan tersebut yang disiarkan dalam versi tiga minit dan 60 saat itu boleh ditonton di youtube dan ditayangkan di stesen televisyen tempatan.

Iklan ini diarahkan oleh Quek Shio Chuan yang pernah terlibat dengan iklan pendek bertemakan perayaan untuk Petronas.

— BERNAMA

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans