Tok Pa solat Hajat dan Istikharah sebulan sebelum sertai BERSATU – Channel W

Tok Pa solat Hajat dan Istikharah sebulan sebelum sertai BERSATU

Saya solat hajat dan istikharah selama sebulan, ianya bukan keputusan terburu-buru” kata Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed kepada media.

Beliau juga mendapatkan banyak pandangan dengan pelbagai pihak dan individu sebelum membuat keputusan besar itu untuk berhijrah.

Malah, beliau bersyukur kerana mengambil tindakan amat tepat dengan menyertai BERSATU.

“Saya dengar ada rakan dalam dewan yang perli, beri teguran serta pandangan. Saya seorang yang terbuka serta menerima sebarang teguran, cuma biarlah terguran itu dilakukan secara tertib.

“Dalam politik ia menuntut keberanian dan saya akui bukan senang mahu berpisah selepas begitu lama bersama (UMNO). Saya cukup faham jika ada pihak tertentu yang marah kepada saya, namun saya memaafkan mereka.

“Apa yang penting niat untuk perjuangkan rakyat Kelantan yang kita wakili. Dalam politik, kita harus menerima dan tidak boleh melenting kerana sebarang teguran itu mampu memberi peringatan supaya tidak tersasar,” katanya ketika sidang media di luar Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan.

Pada masa sama, Mustapa yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Lanas berkata, keputusan itu juga diambil bagi memastikan hak rakyat di Jeli khususnya dapat diperjuangkan.

“Saya merasakan dalam keadaan semasa di mana rakyat memberi mandat kepada (Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir Mohamad. Saya kira adalah penting kita beri sokongan bagi memastikan negara berada di landasan yang kukuh.

“Saya juga akan membantu Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Senator Dr Radzi Jidin sebaik mungkin memandangkan beliau satu-satunya Timbalan Menteri dari Kelantan.

“Ucapan Perdana Menteri, Dr Mahathir, baru-baru ini yang mahu merapatkan jurang antara negeri dilihat satu permulaan baik. Saya akan berusaha sebaik mungkin dan mengumpul maklumat menerusi DUN untuk disampaikan kepada rakan di Kuala Lumpur, apa kehendak rakyat Kelantan,” katanya.

Ketika ditanya sama ada lebih ramai lagi pemimpin UMNO di Kelantan akan mengikuti jejak langkahnya, Mustapa berkata, beliau tidak mengetahui perkara itu dan akan menunjukkan contoh yang baik kepada semua.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans