TPM dan 12 ahli Kabinet mula bertugas – Channel W

TPM dan 12 ahli Kabinet mula bertugas

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dan 12 ahli jemaah menteri yang mengangkat sumpan semala memulakan tugas hari ini.

Datuk Seri Wan Azizah membuat kunjungan hormat bertemu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum memulakan tugas rasminya di pejabat TPM.

Manakala ahli kabinet yang lain turut memasuki pejabat masing-masing disambut Ketua Setiausaha Kementerian, pegawai-pegawai kanan dan kakitangan kerajaan.

Dalam sidang media yang diadakan, beberapa ahli kabinet mahu memansuh dan mengkaji beberapa Akta sedia ada.

Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Dalam Negeri juga menyatakan hasrat yang sama selain Gobind Singh Deo yang mahu mengkaji Akta Anti-Berita Tidak Benar 2018.

Menurut Gobind, terdapat akta yang wajar dimansuhkan manakala yang lain perlu disusun semula dan dikemas kini bagi memastikan laporan berita disampaikan kepada masyarakat tanpa kekangan

Manakala Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik  dan beberapa kabinet yang lain pula berhasrat untuk menambahbaik beberapa dasar sedia ada.

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans