TPM Rasmi Ekspo Terengganu 2018 – Channel W

TPM Rasmi Ekspo Terengganu 2018

KUALA TERENGGANU – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini merasmikan Ekspo Terengganu 2018 yang berlangsung mulai semalam hingga 3 Mac depan.

Ekspo bertemakan ‘Terengganu Molek Doh’ itu berlangsung di perkarangan Kompleks Sukan Gong Badak dengan menyasarkan kira-kira 400,000 pengunjung.

Terdapat tiga kluster utama yang dipaparkan pada ekspo ini – kluster kerajaan negeri, kluster daerah serta kluster portfolio.

Secara keseluruhan kluster berkenaan akan memaparkan pencapaian, perancangan dan inisiatif kerajaan negeri serta pencapaian daerah-daerah di negeri ini yang setiap satunya mempunyai keunikan dan potensi tersendiri.

Pelbagai aktiviti dan program menarik sepanjang tujuh hari itu disediakan kepada pengunjung bagi membolehkan mereka mendapatkan maklumat, menikmati perkhidmatan yang ditawarkan, membeli-belah, berhibur, beramal dan bersantai.

Ekspo itu turut menawarkan hadiah kepada pengunjung bertuah pada hari terakhir iaitu sebuah unit apartmen, satu lot tanah perumahan, satu lot tanah pertanian, sebuah kereta dan sebuah kenderaan pacuan empat roda yang kesemuanya bernilai RM1 juta.

— BERNAMA

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans