TPM Zahid Tiba Di Terengganu Untuk Lawatan Kerja Sehari – Channel W

TPM Zahid Tiba Di Terengganu Untuk Lawatan Kerja Sehari

KUALA TERENGGANU – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di Terengganu hari ini untuk lawatan kerja rasmi sehari di negeri ini.

Beliau yang diiringi isteri Datin Seri Hamidah Khamis dan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman tiba di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu kira-kira 12.10 tengah hari.

Ketibaan beliau disambut Ketua Polis Terengganu Datuk Aidi Ismail.

Ahmad Zahid turut memeriksa perbarisan kawalan kehormat bersama panji-panji Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) unit 6 yang terdiri daripada tiga pegawai dan 102 anggota.

Dalam lawatan tersebut, beliau turut mengikuti mesyuarat pengurusan PDRM peringkat negeri Terengganu.

Selepas mesyuarat itu, Ahmad Zahid bergerak ke Program Get Out The Votes (GOTV) Negeri Terengganu bertempat di Duyung Marina Resort.

Turut hadir, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Jailani Johari merangkap Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri.

Petang ini, timbalan perdana menteri akan merasmikan Ekspo Terengganu 2018 di perkarangan Kompleks Sukan Negeri Gong Badak, Kuala Nerus.

— BERNAMA

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans