Transaksi lebih RM25 ribu perlu lapor BNM mulai 2019 – Channel W

Transaksi lebih RM25 ribu perlu lapor BNM mulai 2019

Bermula tahun depan, semua transaksi yang melebihi RM25,000 di mana-mana institusi kewangan perlu dilaporkan kepada Bank Negara Malaysia – BNM.

Kadar itu direndahkan berbanding RM50,000 ketika ini bagi mengekang sebarang jenayah kewangan dan pembiayaan keganasan di negara ini.

Gabenor BNM Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus memaklumkan, sebanyak RM10 trilion (ASD2.6 trilion) hilang serata dunia selama ini akibat jenayah kewangan.

Sehubungan itu, langkah itu perlu bagi mengurangkan kadar penghantaran wang dan menetapkan had penghantaran ke RM25,000 sehari boleh membantu membendung sebarang risiko jenayah kewangan.

Beliau berkata demikian diPersidangan Jenayah Kewangan & Pembiayaan Pengganas (IFCTF) ke-10 pada Selasa, Nor Shamsiah menyarankan agar semua pihak memainkan peranan dalam menangani jenayah kewangan.

“Kami mahu semua pihak faham betapa pentingnya risiko jenayah kewangan ini.

“Walaupun ramai mengatakan mereka sudah tahu mengenainya, tetapi risiko yang berkaitan dengan jenayah kewangan masih lagi dianggap remeh.

“Keadaan ini harus diubah jika kita benar-benar mahu menangani jenayah ini,” ujarnya.

Beliau turut menyarankan agar semua pihak ambil tahu tentang perkembangan dunia kewangan yang memberi laluan kepada cara penjenayah menipu orang ramai.

Antaranya, kata Nor Shamsiah, adalah penipuan di sektor perbankan internet.

“Di Malaysia contohnya, transaksi perbankan internet adalah sebanyak 500 juta pada 2016.

“Kini, angka itu telah meningkat ke 1.2 bilion transaksi sehingga Ogos tahun ini.

“Ini menjadikan risiko penipuan kewangan dan jenayah kewangan semakin meningkat,” katanya lagi.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans