Trilogi baru Star Wars akan dikemudikan oleh pencipta Game of Thrones – Channel W

Trilogi baru Star Wars akan dikemudikan oleh pencipta Game of Thrones

Satu lagi nafas baru bagi peminat Star Wars! Minggu ini diumumkan bahawa pencipta siri TV popular, Game of Thrones iaitu David Benioff dan D.B. Weiss telah diberi mandat oleh Disney untuk membuat satu trilogi baru untuk francais Star Wars.

Apa?

Trilogi baru itu adalah satu jalan cerita baru yang bukannya sambungan atau kisah mula dari siri asal Star Wars ciptaan George Lucas. Dalam pengumuman dalam website Star Wars, dinyatakan bahawa siri baru ini terjadi dalam dunia dan garis masa Star Wars tetapi menggunakan karakter dan jalan cerita yang tersendiri yang akan ditulis sendiri oleh David Benioff dan D.B. Weiss.

David Benioff dan D.B. Weiss

Kedua-dua mereka ini mengaku peminat tegar Star Wars dari zaman kanak-kanak lagi dan amat teruja dengan peluang yang telah diberikan kepada mereka

“In the summer of 1977 we traveled to a galaxy far, far away, and we’ve been dreaming of it ever since,” ujar Benioff dan Weiss dalam satu kenyataan bersama. “We are honored by the opportunity, a little terrified by the responsibility, and so excited to get started as soon as the final season of Game of Thrones is complete.”

Setakat ini tiada maklumat lanjut yang diketahui. Masih terlalu awal untuk mengagak samada karakter popular seperti Darth Vader, Han Solor atau keluarga Skywalker akan mengambil peranan. Tapi kalau berdasarkan kejayaan filem Rogue One, telah dibuktikan bahawa filem dunia Star Wars tidak memerlukan karakter asal untuk menarik minat penonton.

Kenapa?

Peminat Star Wars pasti tahu bahawa sekarang ini sudah ada paling kurang 5 filem Star Wars baru yang akan tampil ke layar perak:

  • Solo: A Star Wars Story arahan Ron Howard, bakal ditayangkan 25 Mei 2018 nanti
  • Star Wars: Episode IX, arahan J.J. Abrams, dijangka ditayangkan Disember 2019
  • trilogi baru dari penulis dan pengarah Star Wars: Last Jedi, Rian Johnson. Tarikh tayangan tidak diketahui

Langkah ini pastinya dilakukan oleh Disney untuk menentukan bahawa IP yang paling berharga dalam dunia perfileman ini akan terus mengaut untung. Pada tahun 2012, Disney telah membeli Lucasfilm untuk jumlah RM16 billion (USD4 billion) dari George Lucas.

Setakat ini Disney telah berjaya menghidupkan kembali francais Star Wars setelah Episod II dan III mendapat kritikan hebat dari peminat-peminat Star Wars.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans