Trump Ucap Tahniah Kepada Tun Dr Mahathir – Channel W

Trump Ucap Tahniah Kepada Tun Dr Mahathir

KUALA LUMPUR – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald J. Trump, mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Malaysia ketujuh, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Rumah Putih yang dimuat naik oleh Facebook Kedutaan AS Kuala Lumpur pada Jumaat.

Tun Dr Mahathir mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Istana Negara pada Khamis.

Kenyataan tersebut turut mengandungi ucapan tahniah Trump kepada seluruh rakyat Malaysia yang terlibat dalam Pilihan Raya Umum ke-14 itu.

Amerika Syarikat akan meneruskan kerjasama erat dengan Malaysia untuk menguatkan lagi hubungan Perkongsian Komprehensif AS-Malaysia dan berbincang tentang cabaran antarabangsa serta rantau bersama.

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans