TSUNAMI : 5 bencana paling dahsyat – Channel W

TSUNAMI : 5 bencana paling dahsyat

Sejak seabad lalu terdapat lima bencana tsunami yang pernah berlaku.

1 : Gempa Bumi Aceh, Indonesia 

Pada Disember 2004, gempa bumi kuat berukuran 9.1 pada skala Richter menggegarkan Aceh di pulau Sumatera dan menyebabkan tsunami sehingga ke Somalia.

Ombak besar membadai beberapa negara di sekitar Lautan Hindi, mengorbankan lebih 170,000 orang di Indonesia sahaja, sebahagian besarnya di wilayah Aceh.

Tsunami turut meragut nyawa kira-kira 50,000 orang di negara lain, sekali gus menjadikan jumlah kematian kira-kira 220, 000 orang. Ia juga dianggap salah satu bencana alam paling buruk dalam sejarah manusia.

2 : Tsunami Jepun 

11 Mac 2011 menjadi saksi Jepun digegarkan dengan gempa bumi kuat 9.0 skala Richter hingga menyebabkan tsunami besar di sepanjang pantai timur laut negara itu.

Kira-kira 19,000 orang meninggal dunia atau dilaporkan hilang apabila ombak besar pada kelajuan pesawat ‘menelan’ apa sahaja dalam laluannya.

Limpahan air membanjiri reaktor di kilang nuklear Fukushima Daiichi, mencetuskan kerosakan teruk dalam kemalangan atom terburuk sejak Chernobyl pada tahun 1986.

3 : Gempa Bumi Chile 

Gempa bumi 9.5 pada skala Richter memusnahkan Chile pada Mei 1960 dan menyebabkan tsunami di seluruh dunia.

Lebih 5,7000 orang terbunuh di Chile dan 61 kematian di Hawaii apabila ombak membadai pantai di negara itu. Kemusnahan dicatatkan sehingga ke Jepun di mana 142 orang dilaporkan terkorban manakala 1,600 bangunan rosak.

Menurut mangsa yang terselamat di Jepun, tsunami pada tahun itu mencapai ketinggian ssehingga lima meter.

4 : Gempa Bumi Teluk Moro 

Pada tengah malam 17 Ogos 1976, gempa berukuran 7.9 pada skala Richter menggegarkan berhampiran kepulauan Mindanaou dan Sulu di Filipina. Tsunami dengan gelombak ombak setinggi lima meter membadai ribuan orang ketika sedang tidur.

Antara 5,000 hingga 8,000 orang maut menjadikannya salah satu bencana alam paling buruk dalam sejarah Filipina.

5 : Gempa Bumi Papua New Guinea 

Pada 17 Julai 1998, Papua New Guinea digegarkan dua gempa bumi, masing-masing berukuran 7.0 skala Richter.

Gempa bumi berkembar itu menyebabkan tsunami yang memusnahkan pantai utara sejauh 30 kilometer dan menghanyutkan tujuh kampung di laluannya.

Mengikiut statistik rasmi, lebih 2,000 nyawa terkorban dan lebih 12,000 kehilangan tempat tinggal.

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans