Dalam pembentangan itu, beliau mencadangkan supaya kadar sifar, lima atau 10 peratus dikenakan mengikut kategori barangan.

Menurut Guan Eng, barangan keperluan asas seperti beras, ayam, daging, sayur-sayuran, ubat-ubatan, lampin bayi, makanan bayi serta botol susu dikecualikan daripada cukai berkenaan.

“Bagi menghargai peranan wanita di negara ini, tuala wanita juga dicadangkan pengecualian cukai tersebut.

“Motosikal berkapasiti 250 cc dan ke bawah serta basikal yang lazimnya digunakan rakyat turut dikecualikan SST. Malah, bagi warga tua, lampin dewasa, peralatan perubatan seperti tongkat, kerusi roda turut dicadangkan pengecualian cukai berkenaan,” katanya.