Tun M akhiri lawatan di China – Channel W

Tun M akhiri lawatan di China

Tun Dr Mahathir Mohamad mengakhiri lawatannya ke China dengan mengunjungi Akademi Sains Pertanian China (CAAS).

Perdana Menteri pagi ini meluangkan masa lebih sejam melawat Taman Sains Pertanian dan Inovasi Teknologi Kebangsaan (National Agricultural Science and Technology Innovation Park) akademi itu.

CAAS adalah sebuah organisasi penyelidikan saintifik bagi bidang pertanian.

Ia bertanggungjawab menjalankan penyelidikan asas dan membangunkan teknologi baharu bagi menyelesaikan pelbagai cabaran dalam memajukan bidang pertanian dan memajukan ekonomi luar bandar China.

Sebelum itu, Dr Mahathir menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Sime Darby Plantation Sdn Bhd dan syarikat China, COFCO Group Co., Ltd.

MoU itu adalah bagi pembangunan teknikal aplikasi hiliran minyak sawit dan produk berkaitannya di China.

Perdana Menteri dijadualkan berlepas kembali ke tanah air pada tengahari ini menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans