Tun M Angkat Sumpah Perdana Menteri Ke-7 – Channel W

Tun M Angkat Sumpah Perdana Menteri Ke-7

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad mengangkat sumpah sebagai perdana menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Istana Negara, sebentar tadi.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ketujuh selepas mendapat mandat melalui Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Rabu.

Dr Mahathir, 93, yang diiringi isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali mencatatkan sejarah dalam negara dan untuk dirinya sendiri apabila kembali menduduki kerusi perdana menteri selepas 15 tahun meletak jawatan.

Pemimpin ini adalah perdana menteri keempat dari 16 Julai 1981 hingga 31 Oktober 2003 di bawah Barisan Nasional (BN).

Pada PRU kali ini Dr Mahathir yang bertanding atas tiket PKR memenangi kerusi Parlimen Langkawi dengan majoriti 8,893 undi, menewaskan calon BN dan PAS.

Beliau memperoleh 18,954 undi untuk mengatasi Datuk Ir Nawawi Ahmad (BN) yang mendapat 10,241 undi dan Zubir Ahmad (Pas) yang memperoleh 5,512 undi.

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans