Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, walau bagaimanapun Kerajaan Singapura sedia maklum dengan apa yang Malaysia akan lakukan.

“Mereka sudah sedia maklum apa yang kita mahu lakukan,” katanya selepas menyampaikan perutusan khas pada Taklimat Governans, Integriti dan Antirasuah di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pada Selasa.

Dr. Mahathir mengulas kenyataan Menteri Pengangkutan Singapura, Khaw Boon Wan, semalam bahawa Singapura masih menunggu jawapan balas rasmi daripada Malaysia berhubung pembatalan projek mega berkenaan.