Tun M dedah masalah 9 Mei lalu – Channel W

Tun M dedah masalah 9 Mei lalu

Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan terdapat cubaan ‘di sebalik tirai’ beberapa jam sebelum keputusan rasmi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) diumumkan secara rasmi enam bulan lalu.

Perdana Menteri berkata, Pakatan Harapan (PH) berdepan ‘masalah dari dalam’ pada malam 9 Mei lalu sebelum membentuk kerajaan pada peringkat Pusat.

Beliau berkata, terdapat cubaan daripada pemimpin UMNO dan PAS untuk menarik Ahli Parlimen Melayu-Islam dari PH bagi membentuk kerajaan.

“Ia berkaitan politik perkauman dan agama, terdapat keresahan bahawa gabungan kita tidak akan menghormati kedudukan Islam sebagaimana kerajaan sebelumnya.

“Jadi, terdapat idea menghimpunkan wakil rakyat beragama Islam daripada UMNO, PAS dan PH supaya mereka mendapat majoriti untuk menubuhkan kerajaan Melayu-Islam,” katanya dalam temubual dengan Mekong Review.

Dr Mahathir berkata, keputusan mengejut PRU-14 menyebabkan pemimpin Barisan Nasional (BN) mengambil langkah terdesak untuk terus kekal berkuasa.

“Jika mereka (Ahli Parlimen Melayu-Islam) berjaya dipujuk menyeberang ke UMNO dan PAS, mereka akan memperoleh majoriti untuk menubuhkan kerajaan, ini yang menyebabkan kelewatan dalam mengumumkan kemenangan kami.

“Dari luar, peralihan kerajaan itu kelihatan lancar tetapi tidak dari dalam. Kami berdepan pelbagai kesusahan termasuk cubaan menafikan kemenangan kami, tetapi pengakhirannya baik,” katanya.

Dr Mahathir berkata demikian mengulas tindakan politik yang menyebabkan pengumuman keputusan rasmi PRU-14 tertangguh sehingga dikritik hebat oleh penganalisis politik.

“Kami tahu kami sudah menang pada jam 8.30 malam tetapi kami tidak mendapat pengumuman rasmi sehingga kira-kira jam 2 pagi kerana dalam tempoh berkenaan terdapat banyak usaha dan cubaan yang tidak dapat dilihat oleh orang ramai. Kami tahu dan kami tahu dengan lebih banyak selepas itu,” katanya.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan nama Ahli Parlimen PH yang cuba ditarik oleh UMNO dan PAS pada malam berkenaan.

Dr Mahathir berkata, PH tidak menjangkakan kemenangan pada PRU-14 kerana kerajaan terdahulu sangat berkuasa dan berupaya mengekalkan kuasa menggunakan ugutan dan rasuah.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans