Tun M terima anugerah berprestij di Jepun – Channel W

Tun M terima anugerah berprestij di Jepun

Tokyo, 7 November – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali ketika hadir untuk makan tengahari bersama Maharaja Jepun Akihito dan Maharani Michiko di Imperial Palace hari ini.

 

Semalam, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menerima darjah kebesaran tertinggi dianugerahi “Grand Cordon of the Order of the Paulownia Flowers” daripada Maharaja Akihito dari Jepun.

Penganugerah yang tertinggi dari Jepun itu diberi berdasarkan sumbangan besar Perdana Menteri dalam usahanya mengukuhkan hubungan dua hala di Imperial Palace. Anugerah itu adalah pemberian tertinggi yang diberi kepada pemimpin luar bagi sumbangan terhadap hubungan dua hala antara negara-negara berkenaan dengan Jepun di samping sumbangan mereka kepada rantau ini.

Dr Mahathir adalah pemimpin ketiga dari Asia yang menerima anugerah berprestij ini selepas bekas Perdana Menteri Singapura, mendiang Lee Kuan Yew dan bekas Perdana Menteri India, Manmohan Singh.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans