Tun M mahu BR1M dihentikan sepenuhnya – Channel W

Tun M mahu BR1M dihentikan sepenuhnya

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pentadbirannya berhasrat mengurangkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) secara berperingkat sebelum dihentikan sepenuhnya.

Perdana Menteri berkata, kerajaan akan memberi penjelasan kepada rakyat berhubung langkah terbabit, sesuai dengan pengurangan yang bakal dibuat.

“Kita akan kurangkan sedikit demi sedikit (BR1M) sambil menjelaskan objektif kita.

“Saya sentiasa cakap mengenai tongkat. Buanglah tongkat anda, berjalan di atas kaki sendiri, barulah anda menjadi kuat dan anda akan jadi lebih baik.

“Jika anda hanya suap rakyat, mereka akan jadi lemah,” katanya dipetik media.

Dr Mahathir dilapor menyifatkan pentadbiran kerajaan terdahulu di bawah kepemimpinan Datuk Seri Najib Razak ‘memanjakan rakyat’ dengan bantuan wang tunai tanpa mereka perlu melakukan kerja.

“Najib memanjakan rakyat dengan membuatkan mereka fikir tanpa melakukan sebarang kerja, kerajaan akan berikan wang kepada mereka.

“Sekarang kita tidak boleh berikan mereka wang kerana kita tidak mencuri wang, tetapi mereka masih mahu wang (BR1M).

“Rakyat masih mahukan BR1M, mereka menjadi sangat bergantung kepada kerajaan dan ini adalah tidak baik. Mana-mana negara yang rakyatnya berasa kerajaan akan membayar wang walau tidak melakukan apa-apa, ia akan muflis,” katanya seperti dilapor portal terbabit.

Mahathir berkata, matlamat kerajaan Pakatan Harapan (PH) adalah untuk menyediakan peluang pekerjaan sebanyak mungkin menerusi pelaburan asing dan domestik.

BR1M mula diperkenalkan pada 2012 dengan pendapatan isi rumah RM3,000 ke bawah menerima RM1,200, manakala golongan berpendapatan antara RM3,000 dan RM4,000 menerima bantuan sebanyak RM900 setahun.

Individu berpendapatan RM2,000 ke bawah pula menerima sebanyak RM450.

Secara keseluruhannya, sebanyak RM6.8 bilion diperuntukkan dalam bajet tahun ini membabitkan agihan kepada 7.2 juta penerima.

Pakatan Harapan sebelum ini mengumumkan akan menggantikan BR1M dengan Bantuan Sara Hidup (BSH) apabila berjaya mengambil alih kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Peringkat ketiga bayaran BSH dibuat sebelum sambutan Aidiladha baru-baru ini, membabitkan peruntukan RM1.6 bilion yang dibayar kepada 4.1 juta penerima

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans