Tun m setuju,yang lain sibuk kenapa?-Anwar – Channel W

Tun m setuju,yang lain sibuk kenapa?-Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan keputusan untuk bertanding di Port Dickson adalah hasil perbincangan bersama pimpinan tertinggi Pakatan Harapan termasuk Tun Mahathir Mohamad.

Berikutan itu katanya lagi tidak ada isu yang sepatutnya dipertikaikan kerana keputusan tersebut adalah demi rakyat.

“Saya (sudah maklum) dan PM (Perdana Menteri) setuju, sekarang ini (kami) kawan baik. Sebab kami saling maaf kerana untuk majukan negara, kita fikir soal rakyat. Nak marah lama-lama sebab apa? Aku dengan Mahathir dah baik.

“Baik sebab apa, rakyat! Sebab nak selamatkan negara, nak selamatkan (negara) daripada perompak,” katanya ketika berucap pada Majlis Agenda Malaysia Baharu di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), malam Khamis.

Beliau berkata demikian di hadapan 1,000 pemimpin dan ahli PKR negeri itu termasuk Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Mengulas lanjut, Anwar berkata keputusannya untuk kembali ke Parlimen dipersetujui Mahathir, sebelum pengumuman dibuat oleh kepemimpinan parti.

Beliau berkata, keputusannya untuk bertanding dalam PRK itu juga adalah untuk memperkukuhkan serta melakukan transformasi dalam Parlimen yang turut dipersetujui Mahathir.

“Dia kata OK. Yang kamu (pengkritik) sibuk sebab apa? Tak jadi masalah. Nak bangkitkan apa lagi?,” katanya.

Akhbar melaporkan Anwar mengesahkan bertanding di Parlimen Port Dickson dalam usaha PH mengangkat beliau sebagai Perdana Menteri kelapan.

Pengumuman itu dibuat Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Danyal Balagopal Abdullah yang akan mengosongkan kerusi berkenaan bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding PRK pada sidang media khas di Ibu Pejabat PKR di sini, kelmarin.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans