Tun M Tidak Layak Bertanding PRU14 – PAS – Channel W

Tun M Tidak Layak Bertanding PRU14 – PAS

PAS menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad tidak layak bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) kerana sudah melepasi usia 90 tahun, sebaliknya perlu memberi peluang kepada generasi muda untuk menjadi pemimpin.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata trend pengundi ketika ini memerlukan pemimpin lebih muda, sihat, bertenaga, berketerampilan dan memenuhi cita rasa rakyat yang majoritinya golongan muda.

Justeru, beliau berpendapat, atas dasar simpati terhadap bekas Perdana Menteri itu, Dr Mahathir perlu berehat kerana sudah tidak bertenaga memimpin negara.

Ditanya mengenai desakan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) terhadap tragedi Memali, Takiyuddin berkata, PAS tetap dengan pendirian menggesa kerajaan menubuhkan badan bebas itu dengan segera bagi menuntut keadilan kepada keluarga mangsa.

Beliau berkata, lebih 100 saksi di kalangan polis, orang awam dan kemungkinan wartawan dijangka akan dipanggil untuk memberi keterangan terhadap tragedi yang meragut 18 nyawa, jika RCI ditubuhkan.

Katanya, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu perlu menjadi saksi utama sebagai Perdana Menteri ketika itu, selain menyifatkan Dr Mahathir mempunyai persepsi menjadikan PAS musuh utama UMNO, sekali gus mungkin menjadi faktor tragedi itu boleh berlaku.

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans