UMNO tak perlu terlibat PRK Port Dickson – Channel W

UMNO tak perlu terlibat PRK Port Dickson

Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berpendapat UMNO tidak perlu terlibat dalam pilihan raya kecil parlimen Port Dickson.

Ia antaranya bagi menumpukan usaha pemulihan parti dan melakukan kajian mendalam terhadap sokongan terhadapnya di seluruh Malaysia.

“Berdasarkan semua alasan ini, saya berpandangan bahawa UMNO tidak perlu terlibat dalam PRK di Port Dickson.

“Peranan Umno adalah lebih besar dari hanya bertanding dalam pilihan raya kecil yang dilaksanakan dengan mengetepikan prinsip moral sesuatu pilihan raya itu diadakan,” katanya dalam kenyataan sebentar tadi.

Kerusi Port Dickson dikosongkan penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah untuk membolehkan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dan kembali ke Dewan Rakyat.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK Port Dickson pada 13 Oktober depan dan hari penamaan calon pada 29 September.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans