PRU14: Undi awal Angkatan Keselamatan Negara lancar pada hari ke 2 – Channel W

PRU14: Undi awal Angkatan Keselamatan Negara lancar pada hari ke 2

Hampir 95 peratus pengundi awal dijangka telah melaksanakan tanggungjawab untuk membuang undi sepertimana yang diarahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Menurutnya 95 peratus daripada jumlah itu adalah daripada jumlah keseluruhan iaitu 111 ribu termasuk anggota polis sendiri serta pesara yang masih belum didaftarkan sebagai pengundi awam.

Katanya lagi proses pengundian awal hari ini berada dalam keadaan baik dan berjalan dengan lancar.

“Proses berjalan lancar kita tengok tadi, kita nak pastikan tidak ada gangguan dan pegawai anggota dapat menjalankan proses buang undi dengan baik dan lancar

“Lebih dari 95 peratus yang hadir sebab kita dah bagi arahan. Daripada 111 ribu itu termasuk petugas dan pesara. Pesara dah dimaklumkan hal ini.

“Kita akan bagi kerjasama kepada mereka untuk buang undi pagi ni,” katanya ketika ditemui media.

Fuzi tiba di pusat pengundian Bukit Aman pada jam 9.35 pagi dan selesai menjalankan tanggungjawab pada jam 10pagi.

Turut hadir pada ketika itu calon BN, Datuk Seri Raja Nong Chik Zainal Abidin dan calon PAS, Fauzi Abu Bakar.

Beliau dalam masa yang sama turut membidas pertikaian yang dilontarkan sesetengah pihak bahawa bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sepatutnya didaftarkan sebagai pengundi awam.

“Tak boleh cakap macam itu.dia tak buat permohonan sebagai pengundi awam, jadi nama dia kekal sebagai pengundi awal.tak tukar lg.

“Kita tak boleh pujuk, kalau nak tukar dia kena buat permohonan sendiri, Kita tak boleh paksa sesiapa dalam hal ini,” ujarnya lagi.

Khalid sebelum itu juga tiba di pusat pengundian Bukit Aman pada jam 9.30 pagi untuk membuang undi awal.

Tambah Fuzi itu pendaftaran Khalid sebagai pengundi awal adalah perkara biasa sedangkan pada setiap tahun juga terdapat 3000 pegawai besara yang akan ada pada setiap tahun.

“Tiap bulan memang ada nama yang tidak sempat didaftar sebagai pengundi awam. Tak ada apa yang menyalahi peraturan dan ini dibolehkan SPR,”  jelasnya lagi.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans