Valdes Bersara Secara Senyap? – Channel W

Valdes Bersara Secara Senyap?

Bekas penjaga gol Barcelona dan Sepanyol, Victor Valdes membayangkan pengakhiran karier bola sepaknya dengan menutup akaun media sosial sekali gus memberi gambaran dia mahu bersara secara senyap.

Valdes yang beraksi bersama Barcelona dari 2002-2014 dan kali terakhir tampil mewakili Middlesbrough di England tujuh bulan lalu, menulis mesej terakhirnya di Twitter dan Instagram.

“Terima kasih kepada semua,” kata pemain berusia 35 tahun itu di Twitter menerusi mesej terakhir dan turut disertakan gambar sebatang jalan.

VICTOR Valdes (kiri) beraksi bersama Barcelona dari 2002-2014. – Foto AFP

 

Barcelona yang pernah memberikannya tiga gelaran Liga Juara-Juara pada 2006, 2009 dan 2011, meluahkan penghargaan buat pemain dengan 20 cap mewakili Sepanyol yang turut menyaksikannya menjuarai Piala Dunia 2010 dan Euro 2012, biarpun dianggap sebagai ‘penjaga gol gantian’ kepada Iker Casillas.
“Terima kasih Victor,” tulis kelab itu di laman web mereka yang turut memaparkan video mengenai penjaga gol berkenaan yang pernah beraksi dengan Manchester United dan Standard Liege. – AFP

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans