Video Meniti Jambatan Gantung Rosak Disalahanggap – Channel W

Video Meniti Jambatan Gantung Rosak Disalahanggap

Video seorang bapa membawa anak melalui sebuah jambatan gantung mendapat kecaman netizen.

Ada yang sinis mengatakan, kenapa perlu membahayakan nyawa anak sendiri?

Susulan itu, Abdul Jalil Sulaiman, 41, tampil memohon maaf kerana menularkan video yang memaparkan dirinya membawa anak, Lutfil Hadi, 5, meniti di atas sebuah jambatan gantung yang rosak di Kampung Pamah Aur, Bukit Bentong, Lipis.

Menurutnya, dia ketika itu mahu membawa anaknya mengikuti hari pertama sesi persekolahan prasekolah di Sekolah Kebangsaan Batu Yon, Bukit Bentong dan video dirakam oleh isterinya Siti Zaharah Othman, 33.

Walau bagaimanapun, hasrat untuk menarik perhatian pihak yang berwajib supaya jambatan tersebut dibaiki selepas setahun itu di salah anggap oleh netizen.

Malah ada yang menyelar wakil rakyat kawasan tersebut kerana disifatkan gagal menjalankan tanggungjawab.

Namun, Abdul Jalil menafikan penularan video tersebut adalah untuk memburukkan mana-mana pihak.

Anggota Dewan Undangan Negeri Jelai Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menerima banyak panggilan telefon sejurus video itu tular.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Perbandaran Pahang berkata proses penggantian jambatan baharu telahpun dalam perancangan dan dijangka dilakukan 8 Januari ini.

Sementara itu Wan Rosdy berkata, isu itu telah selesai dan ia hanya salah faham yang kerana penduduk tidak tahu tentang langkah yang telah diambil oleh kerajaan untuk menggantikan jambatan yang runtuh berikutan banjir pada tahun lepas itu.

Berikutan itu, Wan Rosdy meminta penduduk yang menghadapi masalah di kawasan masing-masing agar tidak menularkan perkara itu, sebaliknya berjumpa dengan pihak jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung atau penghulu untuk tindakan lanjut.

Dalam era teknologi yang serba canggih, segala maklumat di hujung jari. Namun, kemajuan tanpa sempadan ini semakin lama disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu.

Ada yang sengaja menularkan video atau gambar dengan niat ingin mendapat perhatian netizen.

Walau apa pun alasannya, janganlah keterlaluan dalam memuat naik status di laman sosial masing-masing kerana dikhuatiri mengundang padah kepada diri sendiri.

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans