Volkswagen Tanggung Kos Penyelenggaraan Perkenal Servis Percuma – Channel W

Volkswagen Tanggung Kos Penyelenggaraan Perkenal Servis Percuma

KUALA LUMPUR – Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) memperkenalkan program penyelenggaraan percuma selama tiga tahun atau 45,000 kilometer, mana-mana yang terdahulu untuk semua model Volkswagen yang didaftarkan mulai 1 Januari lalu.

Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter berkata, program tersebut bakal memberikan ketenangan minda kepada pemilik kenderaan kerana kos penyelenggaraan akan ditanggung oleh Volkswagen.

Menurut beliau, Volkswagen bukan sahaja mengukuhkan perkhidmatan selepas jualan, malah turut mengambil kira pengalaman pemilikan kende­raan oleh pelanggan.

Menurut Eric dengan adanya program ini pemilik tidak perlu bimbang tentang penyelenggaraan kereta mereka. Selain itu, ia juga mencerminkan komitmen berterusan kepada syarikat terhadap para pelanggan.

Program tersebut merangkumi semua kos penyelenggaraan sebagaimana yang diperlukan dalam servis berkala.

Bagaimanapun ia tidak melibatkan alat-alat ganti lusuh seperti cakera brek, pad brek, penggilap cermin dan mentol lampu.

Jelas Pengarah Urusan VPCM itu lagi pemilik kenderaan juga perlu mematuhi jadual penyelenggaraan di pusat servis sah Volkswagen atau berisiko jaminan akan terbatal.

“Sebagai tambahan pelanggan yang membeli mana-mana varian Passat akan menikmati kadar faedah rendah bermula 0.88 peratus setahun,” ujarnya.

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans