Wabak HFMD meningkat – Channel W

Wabak HFMD meningkat

Wabak penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) terus meningkat iaitu kepada 40,203 kes di seluruh negara dicatatkan hari ini berbanding 37,986 kes pada 28 Julai lalu.

Menteri Kesihatan, Dr. Dzul­kef­ly Ahmad berkata, berikutan itu, sembilan sekolah diarah tutup me­libatkan tujuh di Sabah dan ma­sing-masing satu di Pulau Pinang dan Pahang.

Menurutnya, pihaknya me­ngambil pendekatan holistik ba­gi menangani penularannya secara gatekeeping terutama dalam aspek pengendalian kanak-kanak di premis atau pusat jagaan.

“Semua pihak khususnya pe­ngusaha premis taman asuhan kanak-kanak (taska) diarah me­ngawal penularan wabak ini dengan mengehadkan aktiviti sekolah mahupun di tempat awam.

“Bagaimanapun penularan wabak ini masih lagi dalam kawalan dan pemantauan pihak berkuasa. Orang ramai tidak perlu takut,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan kerja di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, Khamis.

Dalam pada itu, Dzulkefly berkata, statistik penularan wabak berkenaan di Sabah turut mencatatkan peningkatan sehingga 2,200 kes setakat Julai lalu.

“Daripada jumlah itu, kadar purata kes yang direkodkan adalah sebanyak 73 kes dalam tempoh seminggu bermula awal tahun lalu.

“Buat masa ini, tiada keperluan yang mendesak untuk kerajaan mengambil langkah menutup semua sekolah di seluruh negara kerana masih dalam situasi terkawal, cuma aspek menjaga kebersihan perlu diutamakan khususnya guru atau penjaga ketika mengendalikan kanak-kanak,” ujarnya.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans