Waktu Operasi Kaunter LHDN Sepanjang Ramadhan – Channel W

Waktu Operasi Kaunter LHDN Sepanjang Ramadhan

CYBERJAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan perubahan kepada waktu operasi kaunter perkhidmatan sepanjang bulan Ramadhan 2018/1439H adalah dari pukul 7.30 pagi sehingga 4.00 petang bagi Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, manakala 8.00 pagi sehingga 4.30 petang bagi lain-lain negeri.

Waktu operasi kaunter perkhidmatan ini diselaraskan dengan memendekkan waktu rehat tengah hari daripada 60 minit kepada 30 minit supaya tempoh masa perkhidmatan biasa tidak terjejas.

Namun demikian, perubahan waktu operasi ini tidak meliputi kaunter perkhidmatan LHDNM di Pusat Transformasi Bandar (UTC).

Waktu operasi kaunter perkhidmatan LHDNM di UTC adalah tertakluk kepada ketetapan waktu bekerja oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

Pelanggan yang ingin berurusan dengan LHDNM diharap ambil maklum perkara tersebut.

Sungguh pun begitu, sebarang urusan percukaian berkaitan dengan LHDNM boleh diteruskan melalui perkhidmatan elektronik dengan melayari www.hasil.gov.my.

 

WAKTU OPERASI KAUNTER PERKHIDMATAN

LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA

SEPANJANG BULAN RAMADHAN 2018/1439H

Negeri/Kawasan

Hari

Waktu Perkhidmatan

Kaunter

Semua negeri kecuali Johor,

Kedah, Terengganu & Kelantan

Isnin – Jumaat

8.00 pagi – 4.30 petang

Johor, Kedah, Terengganu &

Kelantan

Ahad – Rabu

8.00 pagi – 4.30 petang

Khamis

8.00 pagi – 3.00 petang

Sabah & WP Labuan

Isnin – Jumaat

7.30 pagi – 4.00 petang

WAKTU OPERASI HASIL CARE LINE

LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA

SEPANJANG BULAN RAMADHAN 2018/1439H

Hari

Waktu Operasi

Isnin hingga Jumaat

9.00 pagi – 4.30 petang

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans