Wan Azizah akan kekalkan semua jawatan – Channel W

Wan Azizah akan kekalkan semua jawatan

Jawatan sebagai ahli parlimen Pandan dan jawatan dalam kabinet akan terus dikekalkan oleh Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Menegaskan perkara itu Timbalan Perdana Menteri berkata, soal melepaskan jawatan tidak timbul untuk memberi laluan kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bertanding di kerusi Parlimen Pandan sebagai persediaan dilantik menjadi Perdana Menteri.

“Tidak (lepaskan semua jawatan). Insya-Allah akan kekalkan (semua jawatan).

“Kerusi untuk Anwar (bertanding) akan ditentukan kelak,” katanya.

Sebelum itu Anwar dikatakan akan bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) dalam tempoh beberapa bulan lagi.

Pengampunan diraja yang diterima bekas Timbalan Perdana Menteri itu membolehkannya kembali aktif berpolitik tanpa syarat.

Dr Wan Azizah turut melahirkan kesyukuran atas kemenangan Anwar sebagai Presiden PKR yang baharu tanpa bertanding, selepas tempoh pencalonan pemilihan parti itu berakhir semalam.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans