Wan Azizah mengaku pernah ditawar jadi PM – Channel W

Wan Azizah mengaku pernah ditawar jadi PM

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengakui pernah ditawarkan menjadi Perdana Menteri selepas PH memenangi PRU14 pada 9 Mei lepas.

Pertama kali berkongsi pengalaman berkenaan kepada kira-kira 200 rakyat Malaysia di Indonesia sempena lawatan kerja pertamanya ke negara itu, Dr Wan Azizah berkata Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V memberi tawaran itu memandangkan beliau ialah Presiden PKR, yang simbolnya digunakan  semua parti dalam PH pada PRU14.

“Bagaimanapun, saya menolak tawaran itu kerana kita berpegang kepada janji bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad akan menjadi Perdana Menteri dan saya menjadi Timbalan Perdana Menteri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Kedutaan Besar Malaysia, semalam.

Mengakui PH tidak menyangka dapat menumbangkan BN yang memerintah selama 60 tahun, Dr Wan Azizah melahirkan rasa syukur pertukaran kerajaan selepas PRU14 dapat dijalankan secara demokratik dan aman.

Beliau, bagaimanapun berkata PH turut tidak menyangka kerajaan diambil alih, ditinggalkan dalam keadaan jumlah hutang begitu besar dan sistem yang parah.

Justeru, walaupun beberapa janji dalam manifesto PH pada PRU14 belum dapat ditunaikan, beliau memohon agar rakyat Malaysia supaya bersabar sebelum kerajaan membawa perubahan yang diinginkan rakyat.

Menjawab soalan daripada seorang diaspora Malaysia sama ada kerajaan akan menilai menteri-menteri baharu dan menukar mereka yang tidak menunjukkan prestasi baik, Dr Wan Azizah berkata masih terlalu awal untuk membuat penilaian memandangkan baharu lima bulan PH mengambil alih pentadbiran kerajaan.

“Beri kami sedikit masa kerana kami masih dalam ‘learning curve’ (keluk pembelajaran),” katanya sambil turut mengakui Perdana Menteri memberi amaran keras kepada jemaah menteri setiap kali mempengerusikan mesyuarat Kabinet supaya jangan sesekali terlibat dengan rasuah.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans