Wanita Perlu Kuasai Ilmu Baharu dan Teknologi Terkini – Channel W

Wanita Perlu Kuasai Ilmu Baharu dan Teknologi Terkini

PUTRAJAYA – Golongan wanita perlu mengambil semangat Tahun Memperkasa Wanita 2018 dengan menggunakan dunia digital sebagai platform untuk menguasai ilmu baharu dan mengelak diri daripada menjadi mangsa penipuan dunia siber.

Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Tan Sri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad berkata melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu baharu terutamanya teknologi terkini akan membuatkan minda wanita lebih terbuka serta menjadikan golongan berkenaan lebih progresif.

“Wanita perlu mendalami ilmu robotik misalnya, dan mengkaji bagaimana peranan robot akan memberi kesan kepada kehidupan golongan wanita pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung ke-35 Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) cawangan KKMM di sini hari ini.

Pada majlis itu, Sharifah Zarah yang juga Penasihat Puspanita cawangan KKMM turut menyampaikan hadiah kepada anak anggota Puspanita cawangan KKMM yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Beliau turut menyaksikan mantan Pengerusi Puspanita cawangan KKMM Datin Abidah Sani menyerahkan surat lantikan dan manifesto kepada Pengerusi Puspanita cawangan KKMM baharu Dr Yasmeen Yasim yang merupakan Setiausaha Bahagian Perancangan Strategik KKMM.

Yasmeen ketika ditemui berkata beliau berhasrat melaksanakan pelbagai program pemerkasaan wanita selaras dengan visi Puspanita kebangsaan dan Tahun Memperkasa Wanita 2018.

— BERNAMA

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans