Warga Emas Cedera Diserang Babi Hutan – Channel W

Warga Emas Cedera Diserang Babi Hutan

KUALA PILAH – Seekor babi hutan setinggi kira-kira satu meter telah menyerang seorang warga emas hingga cedera di halaman rumahnya di Kampung Padang semalam.

Mangsa Marzuki Mohd Yassin, 72, cedera di bahagian betis kiri, kepala dan kedua-dua tangan. Kejadian itu berlaku pukul 11.30 malam dan disedari ibu mangsa, Iyah Bada, 89, yang kemudian menjerit meminta tolong apabila melihat mangsa bergelut dengan seekor babi hutan di halaman rumah mereka.

Jelas Iyah, mangsa pada awalnya keluar ke belakang rumah setelah terdengar bunyi bising. Dia terserempak dengan babi itu yang bertindak agresif dan mengejarnya hingga ke halaman rumah.  

Dia bergelut dengan haiwan itu yang kemudian menggigit kaki, muka, tangan dan bahagian kepalanya.

Menurut Iyah, seorang jiran yang menyedari kejadian itu datang membantu dengan memukul dan mencucuk mata babi tersebut dengan sebatang buluh sehingga haiwan itu lari ke kawasan berhampiran.

Ujarnya, Marzuki telah dibawa dengan ambulans ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah dekat sini untuk rawatan lanjut.

Haiwan tersebut yang cedera telah ditemukan mati tidak jauh dari rumah mangsa.

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans