PRU14: Yakin Pos Malaysia mampu selesaikan undi pos – Pengerusi SPR – Channel W

PRU14: Yakin Pos Malaysia mampu selesaikan undi pos – Pengerusi SPR

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Mohd Hashim Abdullah menafikan terdapat masalah teknikal dalam proses undi pos dalam negara dan luar negara.

Katanya, tempoh masa untuk mengundi pos masih tidak terlepas dan menasihatkan pengundi pos tidak bimbang dan percaya kepada Pos Malaysia.

“Tempoh masa tidak terlepas lagi. Saya rasa jangan bimbang sangat. Kita terlalu teruja hendak mengundi dan bimbang takut tidak sampai.

“Pengundi di luar negara, ia akan sampai. Di Korea Selatan, mereka sudah terima dan sudah hantar balik. Ada panel SPR dari Australia kata sebahagiannya sudah terima,” katanya di bukit Aman, Sabtu.

Dalam pada itu SPR turut mengumumkam seramai 278,590 pengundi awal di dalam negara akan mengundi pada hari ini.

Hashim berkata, daripada jumlah itu seramai 118,913 orang adalah anggota polis manakala 159,677 orang pula terdiri daripada tentera dan pasangan.

Jumpah tersebut adalah bedasarkan maklumat yang diperolehi sejak jam 11pagi tadi dan turut dilaporkan keadaan terkawal dan berjalan dengan lancar

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans