Yoga Boleh Kuatkan Otot & Bakar Lebih Banyak Kalori – Channel W

Yoga Boleh Kuatkan Otot & Bakar Lebih Banyak Kalori

Yoga baru-baru ini telah menjadi salah satu sukan yang agak menarik. Jika yoga sebelumnya lebih dikenali sebagai sukan meditasi, kini, yoga dipercayai membakar lebih banyak kalori daripada beberapa sukan lain. Hhhmmm menarik kan?

Yoga sebenarnya adalah sukan badan dan minda. Di mana kebaikan yoga bukan sahaja membantu badan menjadi lebih segar dan cergas, malah yoga juga boleh membantu anda dalam mengawal tekanan dan melegakan kegelisahan.

Pada minggu lepas, kami berkongsi bersama dengan anda yoga pose untuk tahap pertengahan. Pada minggu ini, kami akan kongsikan yoga pose yang mampu menguatkan otot anda dan membakar lemak anda.

  1. Lotus Pose atau dikenali sebagai Padmasana

Mulakan dengan duduk dengan pose staff, iaitu duduk di atas ‘mat’ dan luruskan kedua kaki. Seterusnya, dengan kaki terjulur, bengkokkan lutut kanan dan gunakan tangan untuk menempatkan bahagian atas kaki kanan di bahagian atas paha kiri pada lipatan paha kiri. Selepas itu, dengan kaki anda terjulur, bengkokkan lutut kiri, dan gunakan tangan anda untuk bengkokkan bahagian kaki kiri tersebut di atas paha kanan pada lipatan pinggul kanan.

Lepaskan kedua tangan pada paha dalam gyana mudra (ibu jari dan telunjuk bersentuhan, telapak tangan menghadap ke atas atau ke bawah.) Bernafas di posisi ini sekurang – kurangnya tiga tarikan nafas panjang, lalu ulangi pada sisi lain.

Antara kebaikan melakukan Lotus Pose ini, ialah dapat menenangkan fikiran jika anda mengalami ‘stress’ dan pose ini mampu meningkatkan fleksibiliti pinggul, lutut dan juga pergelangan kaki anda.

 

Lotus Pose

  1. Crow Pose atau dikenali sebagai Bakasana

Bagi anda yang menginginkan lengan, bahu, pergelangan tangan, dan tubuh di bahagian tengah, posture ini mampu menguatkan dan merenggangkan paha serta punggung anda. Di samping itu, ia mampu memperbaiki fokus anda, keseimbangan dan kepercayaan kepada diri sendiri.

Untuk melakukan ‘pose’ ini, anda harus mulakan dengan membengkokkan badan ke hadapan. Letakkan telapak tangan selebar bahu di ‘mat’, sejajarkan lipatan pergelangan tangan dengan tepi depan dari ‘mat’. Seterusnya, tumpukan pada hujung jari anda, arahkan pandangan anda sedikit ke hadapan dan letakkan lutut anda di belakang lengan anda, pastikan ianya mengarah ke ketiak anda. Pastikan anda kuncikan lutut anda di belakang lengan anda, kerana berkemungkinan besar, lutut anda mampu meluncur ke bawah.

Bengkokkan kedua siku dengan lembut, pastikan siku sejajar dengan bahu, tidak melebar keluar, lalu satu persatu, angkat kaki dari lantai, gerakkan tumit anda ke arah punggung. Jaga pandangan sedikit ke depan dan mulai panjangkan lengan anda. Bernafas di posisi ini sekurangnya tiga kali tarikan nafas panjang.

Crow Pose

 

  1. Lord of the dance pose atau dikenali sebagai Natarajasana

Untuk memulakan pos’ ini, lakukan mountain pose, alihkan berat badan ke kaki kiri, bengkokkan lutut kanan anda dan bawa lutut kanan anda dan bawa kaki ke punggung kanan anda. Pegang kaki anda dengan tangan kanan anda, genggam kemas kaki anda, dan angkat tangan kiri ke siling. Bertahan kedudukan ini selama 20 hingga 30 saat.

Seterusnya,  kembali ke mountain pose, dan ulangi ke posisi lain. Untuk lebih maju, pastikan senaman ini libatkan teras anda, buka dada, nafas secara mendalam dan beralih pandangan anda ke atas. Seterusnya angkat kaki kanan anda ke atas dan belakang, dan hujung paha kanan anda sejajar dengan lantai.

Lord of the dance pose

Semoga perkongsian kali ini akan membantu menguatkan badan anda, menjadikan rutin harian anda lebih efektif, mengurangkan ‘stress’ anda serta mengurangkan berat badan anda.

Selamat mencuba!

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans