Ziana Zain sah bercerai talak satu – Channel W

Ziana Zain sah bercerai talak satu

Penyanyi tersohor tanah air, Ziana Zain sah bercerai talak satu dengan suaminya Armin Zaharin Ahmad Zambri di Mahkamah Syariah Shah Alam petang ini.

Ziana dilihat menitiskan airmata sejurus lafaz talak satu disahkan Hakim Syarie, Mohd Nizam Mokhtar.

Dalam prosiding sebelum ini, Armin menjelaskan boleh melafazkan talak namun meminta persetujuan bersama kerana belum berjumpa dengan keempat-empat anaknya sejak 2 Mac lagi.

Bagaimanpun, Ziana menegaskan beliau mendapat arahan polis dan peguam bahawa empat anaknya itu adalah saksi dan tidak boleh berjumpa dengan Armin.

“Saya hanya mengikut kata polis walaupun tidak memfailkan lagi penjagaan anak-anak,” kata Ziana.

Pada 3 April lalu, Ziana menfailkan tuntutan penceraian di Mahkamah Rendah Syariah selepas Armin enggan melafazkan cerai terhadap penyanyi tersebut.

Kemelut rumah tangga pasangan berkenaan mula diketahui umum apabila Armin didakwa kerana memukul salah seorang anaknya sehingga luka dan lebam dengan alasan untuk mengajar mengaji serta solat.

Laporan polis mengenainya dilakukan sendiri Ziana di Balai Polis Bukit Jelutong dekat sini pada 27 Februari lalu dan kemudian membawa kepada penahanan Armin 2 Mac lalu.

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans