Zulfahmi Sah Ganti Hafizh di Moto2 – Channel W

Zulfahmi Sah Ganti Hafizh di Moto2

Kembalinya bekas pelumba negara, Muhammad Zulfahmi Khairuddin pada perlumbaan Motosikal Dunia (MotoGP) bagi kategori Moto2 menguatkan lagi spekulasi pemindahan Hafizh Syahrin Abdullah untuk bersaing dalam kelas perdana MotoGP musim ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC) Datuk Razlan Razali yang mengesahkan perkara tersebut berkata kedudukan Hafizh Syahrin akan diumumkan dalam masa terdekat.

Hafizh yang mewakili SIC Racing untuk beraksi dalam kelas Moto2 bagi musim ini, dikaitkan dengan pemindahan ke pasukan Monster Yamaha Tech3 bagi menggantikan Jonas Folger yang berdepan masalah kesihatan.

Manakala bagi Zulfahmi, selepas dua tahun menyepi daripada saingan Kejuaraan Motosikal Dunia, penampilan semula Zulfahmi ini cukup menarik apabila inilah kali pertama beliau akan beraksi dalam kelas Moto2.

Menurut Razlan, Zulfahmi ketika ini berada di Barcelona untuk menjalani latihan bersama-sama pelumba lain sebagai persiapan menghadapi ujian rasmi Moto2 pada Selasa ini.

Jelas beliau, Zulfahmi akan kembali ke Malaysia bersama pasukan Moto3, PETRONAS Sprinta pada 18, 19 dan 20 Februari ini untuk sesi ujian persendirian di Sepang nanti.

Zulfahmi akan menunggang jentera baharunya ketika pasukan menyertai ujian rasmi selama tiga hari di Litar Ricardo Tormo di Valencia, Sepanyol, bermula 6 Februari ini.

Minggu ini, spekulasi mengenai masa depan Hafizh bertiup kencang apabila bekas pelumba daripada Program Pembangunan Bakat PETRONAS berkenaan dikaitkan dengan perpindahan ke pasukan Monster Yamaha Tech3, menggantikan Jonas Folger yang mengalami masalah kesihatan.

Sekiranya menjadi realiti, Hafizh bakal mencatat sejarah tersendiri muncul selaku pelumba dari Asia Tenggara pertama yang bersaing dalam kelas MotoGP.

Mengulas lanjut mengenai pemilihan Zulfahmi, Razlan berkata: “Berdasarkan ura-ura mengenai Hafizh, kami terpaksa mengecualikan beliau dalam Moto2 dan dia (Zulfahmi) sebagai ganti untuk Hafizh.

 

 

Menerusi laman Facebook Official Fan Club Hafizh Syahrin 55 pescao pula, Hafizh memaklumkan Zulfahmi akan menggantikan tempatnya dalam kelas Moto2 dan meminta peminat untuk menunggu berita seterusnya mengenai status dirinya.

Syabas dan tahniah kepada semua pelumba negara. Teruskan usaha untuk berdiri di podium dan kibarkan Jalur Gemilang di pentas antarabangsa!

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans