17 peratus menurun import minyak sawit India – Channel W

17 peratus menurun import minyak sawit India

New Delhi, 16 Nov. – Import minyak sawit India berkurangan 17 peratus pada Oktober berbanding yang dicatatkan pada September, menurut data perdagangan.

India membeli 609,828 tan minyak sawit mentah (MSM), 136,967 tan olein sawit bertapis, diluntur dan dinyahbau (RBD) serta 6,795 tan minyak isirung sawit mentah pada bulan lepas, manakala import bagi bulan sebelumnya bagi tiga segmen itu berjumlah 908,675 tan.

Import minyak sayuran keseluruhan India susut 15.7 peratus kepada 1.49 juta tan pada Oktober daripada angka yang dicatatkan pada bulan sebelumnya, menurut data yang diberikan Persatuan Pengekstrak Pelarut India (SEA) pada Khamis. – Bernama

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans