Antara kawasan terlibat ialah Mata Ayer, Bintong, Kayang, Beseri, Sena, Chuping, Kuala Perlis dan Pauh.

Menurut kenyataan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perlis, kejadian itu juga menyebabkan banyak kemudahan awam rosak selain 156 pokok dilaporkan tumbang sehingga menghalang laluan di jalan-jalan utama.

“Operasi pembersihan pokok yang menghalang laluan dan menimpa rumah giat dijalankan pelbagai agensi selain orang awam,” katanya.

Selain itu, sebanyak 55 kes gangguan bekalan elektrik juga diterima akibat ribut berkenaan.

Difahamkan beberapa sekolah turut mengalami kerosakan dan pihak Jabatan Pendidikan Negeri dijangka membuat lawatan ke sekolah terbabit hari ini.