Abu Kassim bertemu PM salur maklumat – Channel W

Abu Kassim bertemu PM salur maklumat

Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Abu Kassim Mohamed mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ia bagi memberi penjelasan lanjut mengenai beberapa perkara penting yang ingin diketahui oleh Tun Dr Mahathir.

Menurut Abu Kassim, dalam pertemuan di Yayasan Kepimpinan Perdana itu, Dr. Mahathir ada bertanyakan beberapa soalan dan beliau selaku bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM memberi penjelasan kepada setiap pertanyaan Perdana Menteri itu.

“Dr. Mahathir ada bertanyakan beberapa soalan yang dia ingin tahu, jadi saya memberi jawapan terhadap semua perkara yang ada dalam pengetahuan saya,” katanya ketika ditemui pemberita selepas pertemuan itu.

Mengulas sama ada soalan yang diajukan Perdana Menteri itu berkisar mengenai kes SRC International dan dana RM2.6 bilion, Abu Kassim berkata, beliau hanya memberi pandangan dalam perkara tertentu kepada Dr. Mahathir.

Ditanya adakah pertemuan itu turut membincangkan pelantikan semula beliau sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu, Abu Kassim berkata, beliau menyerahkan kepada Perdana Menteri untuk membuat sebarang pengumuman.

“Saya tidak mahu bercakap mengenai itu (pelantikan semula), adalah lebih baik memberi keutamaan kepada Perdana Menteri untuk membuat sebarang pengumuman,” katanya.

Pada Isnin lalu, Tan Sri Dzulkifli Ahmad melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM melalui satu surat yang diserahkan kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa.

Abu Kassim tiba di Yayasan Kepimpinan Perdana pada pukul 8.30 pagi dan beliau dilihat keluar meninggalkan bangunan itu pada pukul 10.10 pagi kemudiannya.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans