Anwar angkat sumpah Isnin ini – Channel W

Anwar angkat sumpah Isnin ini

Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson hari ini, akan mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen, pada Isnin ini yang juga hari pertama Mesyuarat Kedua, Penggal Pertama Parlimen ke-14.

Perkara itu disahkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusoff kepada media.

Terdahulu keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson menunjukkan Anwar memperoleh majoriti 21,932 undi melebihi jumlah yang diperoleh pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Institut Darul Ehsan (IDE) mendakwa calon Pakatan Harapan (PH) itu memperoleh 28,904 undi diikuti calon PAS, Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar, mendapat 6,972 undi.

Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad yang bertanding atas tiket Bebas pula memperoleh 3,910 undi manakala bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan mendapat 87 undi.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans