Pegawai khas berkenaan difahamkan, telah ditahan Isnin lalu selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di sini.

Individu berkenaan ditahan reman selama empat hari sehingga esok.

Projek pemasangan panel tenaga solar di 369 sekolah di Sarawak yang bernilai RM1.25 bilion sedang disiasat oleh SPRM berikutan pelaksanaan projek berkenaan tidak melalui tender terbuka Kementerian Pendidikan sebaliknya diberikan secara terus kepada sebuah syarikat sewaan kereta di Bintulu, Sarawak.