Buruh Didakwa Ugut dan Cederakan Isteri Dengan Raket Badminton – Channel W

Buruh Didakwa Ugut dan Cederakan Isteri Dengan Raket Badminton

KOTA BHARU – Seorang buruh dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Bharu terhadap tuduhan mengugut dan mencederakan isterinya.

Tertuduh Roslan Ismail 35 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan di hadapan Majistret Kamarul Hasyime Rosli.

Mengikut pertuduhan pertama dan tertuduh didakwa mendatangkan kecederaan parah terhadap isterinya Nik Yam Nik Lah 51 tahun di kawasan semak di Kampung Cherang Laut, Tawang, Bachok pada jam 5 petang, 16 November 2014.

Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa mencederakan isterinya itu dengan raket badminton di sebuah rumah tanpa nombor di kampung sama pada jam 5.30 petang hari sama.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua seksaan jika sabit kesalahan.

Tertuduh turut mengugut mangsa sama dengan pisau kecil pada tarikh, waktu dan lokasi sama.

Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara boleh sampai tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Timbalan Pendakwa Raya, Wan Amira Ruzaini Wan Abdul Razak menawarkan jaminan RM28,000 dengan seorang penjamin bagi ketiga-tiga tuduhan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 16 Mei depan untuk sebutan semula kes.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans