“Saya ni bukan pelakon, tapi bila ditawar berlakon filem Hantu Mak Limah, saya terima juga sebab dah lama kenal Mamat dan kami memang ada keserasian. Watak saya biasa-biasa saja, sesuailah dengan saya yang bukan pelakon ni.

“Sebelum penggambaran, saya dapat tunjuk ajar daripada pengarah saja, tak adalah pergi kelas lakonan. Lagipun watak saya kecil dan penggambaran untuk watak pari-pari itu pun hanya tiga hari saja di dalam hutan di Taiping,” katanya kepada Utusan Online.

Selain kenal pengarah, DSV juga terima tawaran itu sebab anak-anaknya, Cik B, Kacak dan arwah anak-anaknya sebelum ini pernah berlakon dalam filem arahan Mamat iaitu Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010).

Filem yang turut membariskan Datuk Awie, Delimawati, Zul Ariffin, Ropie dan Uqasha Senrose bakal ditayangkan di pawagam pada 9 Ogos ini.

Menurut DSV, beliau tidak menolak jika ditawarkan berlakon pada masa akan datang asalkan watak yang ditawar ‘ringan’.

“Sebelum ini saya pernah dapat tawaran berlakon filem Ratu Kala Jengking daripada Datuk A.Aida tapi terpaksa tolak sebab jadual saya bertindih.

“Saya ni kalau sekadar watak ringan-ringan boleh, kalau nak suruh hafal skrip panjang-panjang, minta maaf la, tak reti saya,” katanya terus terang.

Sementara itu, menyentuh tentang lagu Lavida Go Bola, katanya, lagu tersebut kurang menyengat berbanding lagu Lavida Go Raya. Bagaimanapun kata DSV, beliau tetap akan menghasilkan lagu bola lagi untuk memeriahkan Piala Dunia akan datang