“Fatimah Az Zahra” Nama Sementara Anak Siti Nurhaliza – Channel W

“Fatimah Az Zahra” Nama Sementara Anak Siti Nurhaliza

Fatimah Az-Zahra dipilih sebagai panggilan sementara untuk bayi perempuan, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang dilahirkan di sebuah pusat perubatan di ibu negara, pagi tadi.

Menurut suami penghibur itu kepada Utusan Online, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, nama anak Nabi Muhammad itu menjadi pilihan beliau dan Siti Nurhaliza sementara menunggu masa terbaik untuk mengumumkan nama sebenar permata hati mereka.

“Insya-Allah kami akan umumkan seminggu dari sekarang. Sebetulnya pilihan nama sudah ada dan akan diumumkan pada satu majlis yang akan kami anjurkan kemudian,”

Penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, 39, selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.55 kilogram secara pembedahan pada jam 8.17 pagi.

Beliau juga melahirkan rasa kesyukuran kerana proses bersalin berjalan dengan lancar dan selamat sambil memaklumkan mereka memilih hari Isnin untuk kelahiran anak pertama adalah kerana bersamaan hari kelahiran Rasulullah SAW selain jatuh pada tarikh 1 Rejab.

“Terima kasih di atas doa dan sokongan daripada ahli keluarga, rakan-rakan, peminat dan juga pihak media sejak dari awal kehamilan sehinggalah melahirkan,” katanya dalam satu kenyataan rasmi dikeluarkan pengurus Siti Nurhaliza, Rozi Abdul Razak di laman Facebook rasmi penyanyi berkenaan hari ini.

 

Assalamualaikum, Alhamdulillah, di atas kurniaan Allah. Terima kasih, di atas ucapan-ucapan tahniah.Dengan penuh rasa rendah hati, saya dan suami ingin menzahirkan rasa terharu dan terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang telah mendoakan kami. Syukur Ya Allah. #babyCTDK

Posted by Siti Nurhaliza on Ahad, 18 Mac 2018

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans