Felda Berjaya Peroleh Kembali Kesemua Lot Tanah Di Jalan Semarak – Channel W

Felda Berjaya Peroleh Kembali Kesemua Lot Tanah Di Jalan Semarak

KUALA LUMPUR – Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) telah sah mendapatkan kembali kesemua 16 lot tanah agensi berkenaan di Jalan Semarak, kata Pengerusinya Tan Sri Shahrir Abdul Samad.

“Saya ingin jelaskan…semuanya bermula apabila 17 lot tanah Felda di Jalan Semarak telah dipindah milik kepada syarikat Synergy Promenade Sdn Bhd (SPSB) selaku pemaju projek melalui empat perjanjiian jual beli pada akhir tahun 2015 dan 2016 tetapi yang didaftarkan atas nama syarikat (SPSB) adalah 16 lot.

“Tanah 16 lot ini didaftarkan pada pelbagai tarikh. Akhirnya selepas pelbagai proses dan rundingan sehingga semalam (8 Mac), kami berjaya dapatkan kembali atas nama Felda,” katanya dalam sidang akhbar di Menara Felda di sini hari ini.

Isu hak milik tanah Felda itu terbongkar pada Disember lepas, apabila sebuah akhbar tempatan mendedahkan Felda berisiko kehilangan tanah miliknya bernilai RM270 juta bagi tujuan pembangunan Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) menerusi transaksi pindah milik yang diragui sejak 2015.

Bulan lepas, Felda dilaporkan akan memperoleh tanahnya tanpa kos di Jalan Semarak daripada SPSB.

-BERNAMA

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans