Guan Eng diberi tempoh 24 jam beri penjelasan – Channel W

Guan Eng diberi tempoh 24 jam beri penjelasan

Menteri Kewangan Lim Guan Eng diberi tempoh 24 jam untuk memberi penjelasan berhubung kenyataan Setiausaha Politiknya, Tony Pua berkaitan perbincangan antara kerajaan dengan Grab mengenai perkhidmatan pengangkutan perantara ke stesen Projek Transit Aliran Massa (MRT).

Penasihat Big Blue Taxi Facilities Sdn Bhd, Datuk Shamsubahrin Ismail yang mewakili persatuan pemandu teksi mempersoalkan mengapa kenyataan dikeluarkan oleh Tony Pua bukannya Guan Eng sendiri.

“Selain itu, isu kita kenapa Grab? Kenapa bukan 45 syarikat teksi milik Malaysia digabungkan sekali?

“Kalau Grab sahaja dibenarkan, apa akan jadi kepada pemandu teksi yang pagi sampai malam beratur guna meter di semua MRT dan LRT?

“Kita tidak boleh bercakap dengan Tony Pua atau yang lain. Kita kena bercakap dengan Lim Guan Eng kerana isu ini dibangkitkan Setiausaha Politiknya.

“Kenapa Setiausaha Politik lebih berkuasa dari Lim Guan Eng. Adakah dia mempunyai kuasa untuk bercakap mengenai semua perkara ini?

“Kami beri notis 24 jam untuk Menteri Kewangan berjumpa kami. Kami nak selesaikan isu ini,” katanya.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans