Autisme ialah satu bentuk gangguan perkembangan yang biasanya bermula sebelum kanak-kanak mencapai umur 3 tahun. Ianya berlaku sepanjang hayat dan menjejaskan interaksi sosial, komunikasi dan fleksibiliti pemikiran, imaginasi serta kelakuan.
‘Sindrom Asperger’ adalah nama lama untuk masalah Autisme sedikit (mild Autisme).
‘Sindrom Asperger’ adalah keadaan di mana kebolehan intelektual dan perkembangan bahasa kanak-kanak adalah normal, namun kanak-kanak tersebut mengalami kesukarn bersosial, komunikasi dan mempunyai minat terhad.
Apakah yang menyebabkan Autisme?
Punca sebenar tidak diketahui, namun faktor-faktor genetik dan persekitaran telah dikaitkan dengan Autisme.
Autisme bukanlah disebabkan oleh suntikan vaksin Measles, Mumps atau Rubella (MMR), tindakan atau pengabaian ibu bapa ataupun kesilapan yang dilakukan ibu semasa mengandung.
Bagaimanakah seorang kanak-kanak disahkan menghidap Autisme?
Jika anda bimbang bahawa anak anda mungkin mempunyai Autisme, berjumpalah dengan pakar psikiatri remaja atau kanak-kanak.
Para doktor akan menemuramah ibu bapa mengenai tingkah laku dan kemahiran yang boleh dilakukan atau tidak boleh dilakukan serta memerhati dan menilai kemahiran perkembangan kanak-kanak tersebut.
Interaksi Sosial
Komunikasi
Bermain
Ahli keluarga mungkin akan berasa tertekan sebaik sahaja kanak-kanak disahkan Autisme.
Ramai adik-beradik berasa terpinggir apabila ibu bapa perlu menghabiskan banyak masa dengan anak yang terjejas.
Jelaskan kepada adik-beradik apa itu Autisme, dan libatkan mereka dalam perbincangan dan aktiviti bersama. Khidmat kaunselor boleh didapati di beberapa pusat untuk membantu adik-beradik yang tidak dapat menangani keadaan ini.
Selamat Menyambut Hari Kesedaran Autisme Sedunia!
Happy World Autisme Awareness Day! pic.twitter.com/6s2Ok67z0v
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) April 2, 2018
This World #Autism Awareness Day, we give tribute to all #ASEAN citizens living with autism, especially women and girls as they deserve the same rights and opportunities in policy and decision making. #WorldAutismAwarenessDay pic.twitter.com/EvgXNNlmta
— ASEAN (@ASEAN) April 2, 2018
Copyright © 2018 Online Dynamics (M) Sdn Bhd
You must be logged in to post a comment Login