Kawalan ketat keluar masuk di kediaman Mantan PM – Channel W

Kawalan ketat keluar masuk di kediaman Mantan PM

Sehingga petang tadi di Taman Duta, enam buah kereta polis diiringi dua buah motosikal berkuasa tinggi dilihat mula meninggalkan kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tepat pukul 3.44 petang ini.

Kesemua kenderaan tersebut dipercayai tiba di kediaman Najib kira-kira pukul 9.15 pagi tadi bagi meneruskan operasi penggeladahan untuk mencari barangan yang berkaitan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB)

Bagaimapun, suasana di sekitar kediaman Najib yang terletak di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur masih dikawal rapi oleh pihak polis.

Kawalan rapi dilakukan oleh pihak polis di jalan masuk  serta kawasan berkenaan dan beberapa kenalan rapat merungut kepada media yang berada membuat liputan berkenaan tidak berpuashati dengan tindakan pihak polis kerana tidak dibenarkan berjumpa dengan penghuni kediaman mantan Perdana Menteri.

Mantan Perdana Menteri itu kelihatan telah keluar ke PWTC untuk bersolat Jumaat dengan menaiki sebuah kereta Toyota Vellfire.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans