Nik Omar dilarang beri kuliah di Masjid Tok Guru – Channel W

Nik Omar dilarang beri kuliah di Masjid Tok Guru

Keluarga  Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat difahamkan sudah melarang Nik Omar, anak kedua bekas  Menteri  Besar itu menjadi imam dan menyampaikan kuliah di Masjid Tok Guru, Pulau Melaka.

Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh Nik Omar ketika menyampaikan kuliah pagi Jumaat di hadapan kira-kira 100 hadirin di Wisma Tok Guru, Salor yang juga merupakan markas PAN Kelantan.

Katanya,  mengikut jadual penggiliran tidak rasmi dibuat bersama adik beradik, beliau sepatutnya menjadi imam pada waktu-waktu tertentu dan pagi Jumaat merupakan gilirannya menjadi imam serta menyampaikan kuliah Subuh.

Bagaimanapun, beliau dilarang berbuat demikian hari ini.

Menurut Nik Omar, larangan itu boleh dianggap sebagai harga yang perlu dibayar kerana membuat keputusan menyertai Pakatan Harapan (PH) pada PRU14.

Tegas  beliau pihak  sudah membuat keputusan muktamad dan tidak akan sekali-kali berpatah balik.

Foto kredit – Utusan Malaysia

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans