“Selain insentif yang diberikan oleh Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), kerajaan negeri akan menambah sebanyak RM10,000 kepada setiap pemain selain daripada pingat yang telah diberikan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

“Setiap pemain juga kita akan berikan satu lot tapak rumah dan kita bagi sekali dengan pegawai. Dari pihak kerajaan negeri, insentif ini kita akan berikan secepat mungkin,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis penyampaian hadiah bersempena Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah 2018 di Dataran Pavilion di sini hari ini.