Tun Dr. Mahathir Mohamad telah mengarahkan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali bercuti serta-merta.
Katanya, tindakan itu bagi membolehkan siasatan lanjut dibuat.
“Mula-mula kena buat laporan polis terlebih dahulu untuk siasatan kerana masa ini belum ada laporan rasmi dilakukan walaupun ada banyak tuduhan padanya,” katanya.
Terdahulu, pagi tadi beliau mengadakan pertemuan bersama Ketua Setiausaha Negara dan semua Ketua Setiausaha kementerian di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.
Tugas-tugas Peguam Negara akan diambil alih oleh peguam cara negara buat masa ini.
You must be logged in to post a comment Login